Arkib

Terkini
16 Konten

Nintendo Tangguh Tayangan Filem “Super Mario Bros” Ke April 2023

Nintendo hari ini mengatakan mereka akan tangguhkan pelancaran filem animasi dengan watak-watak daripada permainan “Super Mario Bros” ke April 2023 kelak. Pada awalnya, filem adaptasi permainan ini disasarkan untuk tayangan pada penghujung tahun ini, tetapi kini ditangguhkan kepada April 2023 kelak. Dengan pelbagai filem berasaskan permainan video hadir akhir-akhir ini, filem Super Mario Bros ini […]

iOS 15.4 Dilaporkan Membuatkan iPhone Cepat Kehabisan Bateri

Apple telah pun memperkenalkan kemaskini iOS 15.4 untuk pengguna sejak minggu lepas, menawarkan ciri-ciri baharu seperti imbasan wajah ketika menggunakan pelitup muka, selain menambah sijil MySejahtera ke Apple Health. Walaupun ia menawarkan sejumlah perkara baharu yang menarik, namun untuk sebahagian pengguna, kini mereka melaporkan iOS 15.4 memberikan kesan terhadap penggunaan bateri yang tinggi. Untuk makluman, […]

TikTok Kini Membolehkan Perkongsian Video Sepanjang 10 Minit

TikTok kini dilihat membolehkan video lebih panjang dimuat-naik ke platform mereka. Pada awalnya, perkhidmatan berkenaan telah memperluaskan sokongan video dari 15 saat kepada 60 saat – sebelum turut memperluaskan ia kepada 3 minit dan 5 minit. Melalui kemaskini terbaru ini, ia membolehkan pengguna memuat-naik video lebih panjang, sehingga 10 minit lamanya. Ciri ini diperkenalkan secara […]

Kini Anda Boleh Beli Di Shopee, Tanpa Risau Bayar Kos Penghantaran

Bagi para pengguna yang melakukan pembelian melalui laman edagang, salah satu perkara yang kurang digemari adalah kos penghantaran. Kadang-kala, kos penghantaran menyamai harga pembelian produk – membuatkan ramai perlu membatalkan pembelian, atau menantikan promosi seterusnya. Kini, dalam usaha memudahkan pengguna, Shopee hadir dengan sebuah ciri baru dinamakan “Self Collect”. Dengan ciri ini, pengguna boleh melakukan […]

Samsung Guna Jala Kitar Semula Pada Galaxy S22

Samsung kini mengatakan telefon pintar akan datang mereka, iaitu Samsung Galaxy S22 akan menggunakan sebahagian bahan yang hasilnya daripada kitar semula jala perikanan. Seperti ramai sedia maklum, peralataan menangkap ikan merupakan antara pencemaran plastik terbesar di laut. Sekitar 640,000 tan jala ikan ditinggalkan dan dibuang setiap tahun. Dengan mengitar semula peralatan ini, pencemaran laut dapat […]

Secara Purata, Kini 1 Juta iPhone Dijual Setiap Dua Hari

Apple iPhone merupakan telefon pintar yang dikeluarkan oleh Apple, dan mempunyai peminatnya tersendiri – tidak kurangnya juga ramai yang ingin menggunakan telefon pintar berkenaan. iPhone pada awalnya telah diperkenalkan pada 2007 yang lepas. Ketika awal pengenalan, iPhone hanya dijual sekitar 1 juta unit pada tahun pertama. Namun, kini ianya berbeza, apabila lebih 1 juta iPhone […]

Kenapa Kuda Tidur Berdiri?

Tahukah anda, kuda tidur secara berdiri. Ia menjadi kebiasaan untuk haiwan yang terkenal dengan berlari laju berkenaan untuk tidur secara berdiri dari masa ke semasa. Kuda tidur secara berdiri, adalah kerana ketika duduk, ia adalah sedikit berbahaya untuk haiwan berkenaan. Hal ini disebabkan oleh masa yang diambil oleh haiwan berkenaan untuk berdiri, yang mana sedikit […]

Tahukah Anda? – Nama Xbox Hadir Daripada Singkatan “DirectX Box”

Xbox pada hari ini merupakan salah satu konsol terkemuka dunia, dan bersaing secara aktif dengan pihak Sony PlayStation. Xbox pada awalnya telah diperkenalkan pada November 2001 yang lepas, dan sehingga kini, beberapa variasi telah diperkenalkan. Bercakap mengenai Xbox, tahukah anda berkenaan dengan asal-usul namanya? Nama Xbox dilihat diadaptasi dan merupakan singkatan kepada DirectX Box. Bagi […]

Samsung Boleh Mematikan TV Sekiranya Dicuri Melalui “TV Block”

Samsung merupakan salah satu pengeluar dan penjual televisyen yang terbesar di dunia, termasuk di Malaysia. Televisyen keluaran Samsung sering hadir dengan teknologi paparan yang terkini, selain ciri-ciri pintar menarik. Tahukah anda, Samsung juga turut menyertakan sebuah ciri dinamakan TV Block. Melaluinya, Samsung boleh mematikan sesuatu televisyen pada bila-bila masa pada jarak jauh. Langkah ini amat […]

Kerusi Kapal Terbang Malaysia Airlines Diubah Menjadi Beg Tangan – Dijual Pada Harga Bermula RM882

Malaysia Aviation Group (MAG) kini mengambil-langkah untuk kitar semula sejumlah barangan mereka, dan hadir dengan koleksi beg tangan menggunakannya. Antara barangan yang digunakan untuk kitar semula atau olahan kembali adalah termasuk kulit tempat duduk dalam kapal terbang, tali pinggang keledar, alas meja, baju pramugari, dan sebagainya – sekaligus diolah menjadi beg tangan edisi terhad. Beg-beg […]

Ini Adalah 10 YouTuber Dengan Pendapatan Paling Tinggi Pada 2021

Tahun 2021 telah pun berakhir, dan kini beberapa data menarik sepanjang tahun 2021 diterbitkan. Salah satu yang terbaru adalah data berkaitan dengan YouTuber dan pendapatan mereka sepanjang tahun 2021 lepas. Mengikut data yang dikeluarkan, MrBeast menjadi YouTuber yang menjana pendapatan paling tinggi melalui platform berkenaan, iaitu hampir RM225 juta. Berikut merupakan senarai 10 YouTuber dengan […]

Netflix Pernah Menganggap Tidur Sebagai Salah Satu Pesaing Utama

Setiap syarikat mempunyai senarai dalaman sendiri, yang menyediakan dan mengambil-kira berkaitan pesaing mereka. Tetapi, berbeza untuk Netflix yang mengambil-kira pelbagai perkara berbeza turut menjadi pesaing mereka. Perkhidmatan penstriman video berkenaan, pernah mengatakan yang mana aktiviti tidur oleh orang ramai merupakan salah satu pesaing utama untuk perkhidmatan mereka. Ini kerana, apabila tidur, orang ramai tidak menonton […]

Korea Utara Galak Rakyat Hasilkan Baja Daripada Tinja Sendiri

Korea Utara kini mengalakkan rakyat mereka untuk menggunakan tinja sendiri dalam menghasilkan baja. Hal ini adalah disebabkan masalah kekurangan baja yang dihadapi oleh negara berkenaan. Dengan permulaan 2022, Korea Utara kini menyasarkan untuk mendapatkan baja yang mencukupi. Selari dengannya, mereka mengalakkan rakyat menghasilkannya di rumah. Sebuah pas khas turut dihasilkan untuk membolehkan menukar baja yang […]

Sony Akan Keluarkan Kereta Elektrik – Perlihatkan Dua Model Prototaip

Sony merupakan nama yang tidak asing lagi bagi kebanyakkan pengguna. Mereka mempunyai Xperia untuk penawaran telefon pintar, dan PlayStation untuk penawaran konsol permainan. Selain itu, kini Sony juga menubuhkan Sony Mobility dengan memfokuskan kepada kenderaan elektrik. Buat masa ini, Sony telah perlihatkan dua model prototaip kereta mereka, Sony Vision-S 01 dan juga Vision-S 02. Kedua-duanya […]

“Baby Shark Dance” Menjadi Video Pertama Di YouTube Dengan Lebih 10 Bilion Tontonan

Salah satu lagu irama yang tidak lekang dikalangan kanak-kanak adalah “Baby Shark Du Du Du…”. Selain dikalangan kanak-kanak, ia juga kini mencatatkan sejarah tersendiri apabila menjadi video pertama di YouTube yang mencatatkan angka tontonan lebih 10 bilion. Video ini telah diterbitkan oleh Pinkfong pada 2016 yang lepas, dan mengambil masa hampir 6 tahun untuk mencatatkan […]

Laluan Jalan Raya Tertinggi Di Malaysia, Kini Mula Beroperasi Di Pulau Pinang

Projek Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus) kini secara rasminya dibuka di Pulau Pinang, sekaligus menjadikan ia sebagai laluan jalan raya paling tinggi di Malaysia. Jalan raya ini dibina pada ketinggian 61.5 meter, dan laluan yang dibuka adalah sepanjang 3.825 kilometer. Kerja pembinaannya telah dimulakan pada 14 Januari 2016 lepas, dan siap pada 24 […]

Kategori-Kategori Lain

Langgan Pengisian Dari Wadah!

Terima perkongsian dari Wadah pada setiap hari Rabu terus ke emel.