Carian Artikel

Bagi para pengantin yang ingin makanan yang berbeza untuk majlis kahwin, kini McDonalds menyediakan pakej katering untuk perkahwinan. Buat masa ini, penawaran ini terhad di Indonesia sahaja, dan pakej ini dinamakan sebagai “Wedding Mekdi”.

Dibawah pakej perkahwinan ini, McDonalds menyediakan penawaran makanan yang menyertakan 100 burger ayam dan juga 100 set McNuggers pada harga Rp 3.5 juta (iaitu sekitar RM1075). McDonalds Indonesia turut menyatakan terdapat pelbagai pilihan pakej berbeza, dengan tempahan minima melibatkan 200 set.

Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah penerimaan orang ramai terhadap penawaran “Wedding Mekdi” ini. Adakah kita akan melihat makanan segera menggantikan penawaran nasi minyak yang terkenal di kenduri kahwin pada hari ini?