Carian Artikel

Dengan pelbagai drama yang melanda Twitter dibawah Elon Musk, kini Meta mengambil peluang dan memperkenalkan alternatif untuk Twitter, dinamakan Threads.

Threads diposisikan dibawah Instagram, dimana pengguna perlu mendaftar menggunakan akaun Instagram untuk menggunakan Threads. Seperti Twitter, pengguna boleh berkongsi teks – dan Threads mengehadkan perkongsian kepada 500 aksara, atau 5 minit video. Sebanyak 10 gambar boleh disertakan untuk setiap perkongsian.

Setakat artikel ini ditulis, bilangan pengguna Threads telah melangkaui 100 juta akaun pengguna. Ini boleh dikatakan yang paling pantas di dunia setakat ini. Sebelum ini, untuk TikTok sendiri ia mengambil masa sehingga 9 bulan untuk mencapai angka tersebut, sementara Instagram mengambil masa lebih 2 tahun untuk mencapai angka tersebut.

Threads boleh dikatakan masih pada peringkat awal lagi buat masa ini, dan mungkin kita akan melihat perkembangan pelbagai fungsi baru pada Threads – termasuk memposisikan ia lebih baik dalam mendapatkan duit pengiklan, berbanding pada Twitter.