General Motors kini menyatakan hasrat untuk membangunkan sebuah pembantu maya berasaskan suara, dan dikuasakan ChatGPT dalam membantu pengguna kenderaan mereka.
Pembangunan ini kelak dijangka akan menggantikan penggunaan buku manual, selain memudahkan lagi pengguna dan pemandu merujuk berbanding perlu mencarinya pada buku atau mana-mana bahan rujukan lain.
General Motors sedia mempunyai beberapa jenama kenderaan dibawah mereka, termasuk Chevrolet, Cadilac, dan beberapa yang lain. Buat masa ini, ia tidak diketahui apakah kenderaan pertama yang akan hadir dengan teknologi ini.
Untuk makluman, sebelum ini Geely turut pernah membangunkan teknologi pembantu maya berasaskan input suara, termasuk mengintegrasikannya pada kereta Proton.