Carian Artikel

Xiaomi merupakan salah satu syarikat teknologi yang turut memfokuskan kepada pengeluaran kereta elektrik, dan telah mengumumkan perancangan untuk memperkenalkan kereta elektrik pertama mereka pada 2024.

Selari dengannya, kini mengikut perkongsian terbaru CEO Xiaomi, Lei Jun, beliau mengatakan Xiaomi masih mengikut jadual, dan menyasarkan pengeluaran kenderaan mereka seawal pertengahan pertama 2024 kelak.

Buat masa ini, Xiaomi masih tidak berkongsi lagi berkenaan rekaan dan ciri yang bakal dibawakan. Tetapi, sebelum ini, pihak Xiaomi secara ringkas telah berkongsi berkenaan teknologi swapandu dan algoritma yang sedang dibangunkan mereka – bukan untuk kenderaan sahaja, tetapi juga boleh digunakan pada pembangunan robotik mereka.

Apa pun, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan kereta pertama daripada pengeluar peranti dari China ini.