Infrastruktur

TNB Akan Perluas Stesen Pengecas EV Ke 6 Lokasi Baharu Pada Tahun 2023 Ini

·

Tenaga Nasional Berhad akan memperluaskan penawaran stesen pengecasan kenderaan elektrik dibawah jenama TNB Electron ke lebih banyak lokasi pada tahun ini.

Buat masa sekarang, TNB Electron tersedia di tiga buah lokasi di kawasan Rehat & Rawat di lebuhraya, iaitu di Ayer Keroh (Arah Utara), Tapah (Arah Utara) dan juga Paka (Arah Utara).

Selain tiga lokasi ini, TNB kini menyasarkan untuk perluaskan ia ke 6 lagi lokasi baharu pada tahun ini. 6 lokasi baharu ini adalah di R&R Machap (Arah Selatan), Rawang (Arah Utara), Gunung Semanggol (Arah Selatan), Gurun (Arah Utara dan Selatan), dan juga Paka (Arah Selatan).

Bagi yang tidak pernah menggunakan pengecas di TNB Electron, ia menawarkan perkhidmatan pada harga bermula RM2.05 seminit untuk 80kW, dan meningkat berasaskan kepada tenaga pengecasan, dan menawarkan pilihan sehingga 100kW.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *