Teknologi

Nissan Akan Perkenal 19 Kenderaan Elektrik Menjelang 2030

·

Pelbagai syarikat automotif kini memfokuskan kepada pengeluaran kenderaan elektrik – selari dengan operasi yang lebih mesra alam, disamping permintaan untuk kenderaan elektrik yang meningkat dari hari ke hari.

Selari dengannya, kini Nissan berkongsi sasaran untuk tahun 2030, dimana mereka akan memperkenalkan sejumlah 27 model kenderaan dengan sokongan elektrik, dimana 19 daripadanya adalah kenderaan elektrik sepenuhnya. Angka sasaran baharu ini adalah ditingkatkan berbanding apa dikongsikan pada tahun 2021. Peningkatan ini dilihat berasaskan kepada permintaan pasaran, dan peralihan pengguna ke kenderaan elektrik dari hari ke hari.

Selari dengan langkah ini juga, Nissan menyasarkan pendapatan dan jualan kenderaan mereka akan meningkat dari tahun ke tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *