Diterbitkan 22 December 2022

Tesla Dilaporkan Ingin Mengurangkan Pekerja

Tesla kini diperkatakan sedang dalam perancangan untuk menghentikan sejumlah pekerja pada awal tahun 2023 kelak. Selain penghentian pekerja, Tesla juga dijangka akan membekukan daripada pengambilan pekerja baharu untuk tahun hadapan.

Ia dikatakan langkah ini akan dilakukan oleh Tesla selari dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, sekaligus memberikan kesan kepada kaedah perbelanjaan orang ramai.

Disamping itu, nilai saham Tesla juga turut memperlihatkan penurunan kebelakangan ini, sejak Elon Musk turut mengambil-alih Twitter – membuatkan pemegang saham risau Elon Musk tidak dapat memberikan masa mencukupi untuk Tesla.