Nintendo hari ini mengatakan mereka akan tangguhkan pelancaran filem animasi dengan watak-watak daripada permainan “Super Mario Bros” ke April 2023 kelak.
Pada awalnya, filem adaptasi permainan ini disasarkan untuk tayangan pada penghujung tahun ini, tetapi kini ditangguhkan kepada April 2023 kelak.
Dengan pelbagai filem berasaskan permainan video hadir akhir-akhir ini, filem Super Mario Bros ini merupakan salah satu filem yang dinantikan – terutamanya oleh para peminat siri permainan keluaran Nintendo ini.