Teknologi

iOS 15.4 Dilaporkan Membuatkan iPhone Cepat Kehabisan Bateri

·
iPhone

Apple telah pun memperkenalkan kemaskini iOS 15.4 untuk pengguna sejak minggu lepas, menawarkan ciri-ciri baharu seperti imbasan wajah ketika menggunakan pelitup muka, selain menambah sijil MySejahtera ke Apple Health.

Walaupun ia menawarkan sejumlah perkara baharu yang menarik, namun untuk sebahagian pengguna, kini mereka melaporkan iOS 15.4 memberikan kesan terhadap penggunaan bateri yang tinggi.

Untuk makluman, ia menjadi kebiasaan untuk bateri kehabisan cepat selepas sesuatu kemaskini – disebabkan sistem perlu mempelajari kembali penggunaan seseorang. Namun, buat kali ini, disebabkan iOS 15.4, masalah ini dilihat berpanjangan.

Sejumlah pengguna melaporkan terkesan dengan perkara ini. Bagi kami sendiri, buat masa ini, iPhone dengan iOS 15.4 dilihat berjalan lancar tanpa masalah.

Bagi anda, bagaimana? Adakah anda menghaadapi masalah sama?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *