TikTok kini dilihat membolehkan video lebih panjang dimuat-naik ke platform mereka. Pada awalnya, perkhidmatan berkenaan telah memperluaskan sokongan video dari 15 saat kepada 60 saat – sebelum turut memperluaskan ia kepada 3 minit dan 5 minit.
Melalui kemaskini terbaru ini, ia membolehkan pengguna memuat-naik video lebih panjang, sehingga 10 minit lamanya.
Ciri ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna seluruh dunia, dan mungkin mengambil sedikit masa sebelum semua menerimanya. TikTok juga menyasarkan pengenalan ciri ini akan membuatkan lebih banyak kandungan kreatif dikongsikan pada platform berkenaan.
Pengenalan ciri ini juga sekaligus membuatkan TiKTok akan bersaing dengan YouTube dari segi masa tontonan video selepas ini. Sementara TikTok memperkenalkan sokongan video lebih panjang, pihak YouTube pula dilihat sedang memfokuskan ciri video pendek dinamakan YouTube Shorts.