Bagi para pengguna yang melakukan pembelian melalui laman edagang, salah satu perkara yang kurang digemari adalah kos penghantaran. Kadang-kala, kos penghantaran menyamai harga pembelian produk – membuatkan ramai perlu membatalkan pembelian, atau menantikan promosi seterusnya.

Kini, dalam usaha memudahkan pengguna, Shopee hadir dengan sebuah ciri baru dinamakan “Self Collect”.

Dengan ciri ini, pengguna boleh melakukan pembelian, dan seterusnya menetapkan untuk mengumpul barangan yang dihantar daripada pusat pengumpulan berdekatan. Anda akan diberikan pilihan untuk melihat pusat pengumpulan berdekatan ketika ingin check-out dan memasukkan alamat.

Shopee Self Collect

Dengan langkah ini, tiada sebarang kos dikenakan, dan pengguna juga boleh mengambil barangan daripada pusat berkenaan pada bila-bila masa mengikut keselesaan anda.

Shopee mengatakan ciri ini ditawarkan di Lembah Klang buat masa ini, meliputi 600 pusat sehenti untuk mengambil barangan.