Alam Sekitar

Samsung Guna Jala Kitar Semula Pada Galaxy S22

·
Jala

Samsung kini mengatakan telefon pintar akan datang mereka, iaitu Samsung Galaxy S22 akan menggunakan sebahagian bahan yang hasilnya daripada kitar semula jala perikanan.

Seperti ramai sedia maklum, peralataan menangkap ikan merupakan antara pencemaran plastik terbesar di laut. Sekitar 640,000 tan jala ikan ditinggalkan dan dibuang setiap tahun. Dengan mengitar semula peralatan ini, pencemaran laut dapat dikurangkan.

Samsung mengatakan mereka akan menyertakan bahan kitar semula pada produk mereka secara berperingkat, bermula daripada Samsung Galaxy S22 yang akan diperkenalkan minggu ini.

Selain Samsung, sebelum ini Microsoft turut pernah menggunakan plastik lautan yang dikitar semula dan hadir dengan tetikus edisi khas. Mungkinkah selepas ini, lebih ramai akan menggunakan plastik lautan yang dikitar semula, sekaligus mengurangkan pencemaran laut dan menjaga keindahan alam kita?

Microsoft Tetikus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *