Apple iPhone merupakan telefon pintar yang dikeluarkan oleh Apple, dan mempunyai peminatnya tersendiri – tidak kurangnya juga ramai yang ingin menggunakan telefon pintar berkenaan.

iPhone pada awalnya telah diperkenalkan pada 2007 yang lepas. Ketika awal pengenalan, iPhone hanya dijual sekitar 1 juta unit pada tahun pertama.

iPhone

Namun, kini ianya berbeza, apabila lebih 1 juta iPhone terjual setiap dua hari. Secara keseluruhan, Apple kini mempunyai lebih 1.8 bilion peranti aktif di seluruh dunia.

Dengan perkembangan dunia teknologi, tidak mustahil kita melihat Apple terus mencatatkan rekod, dan singkatkan lagi tempoh jualan 1 juta peranti mereka.