Tahukah anda, kuda tidur secara berdiri. Ia menjadi kebiasaan untuk haiwan yang terkenal dengan berlari laju berkenaan untuk tidur secara berdiri dari masa ke semasa.
Kuda tidur secara berdiri, adalah kerana ketika duduk, ia adalah sedikit berbahaya untuk haiwan berkenaan. Hal ini disebabkan oleh masa yang diambil oleh haiwan berkenaan untuk berdiri, yang mana sedikit lambat berbanding dengan haiwan-haiwan lain.
Kuda boleh tidur secara berdiri kerana sistem tendon dan ligamen khas yang membolehkan ia mengunci sambungan pada kaki tanpa meletihkan, dan membolehkan ia berehat.
Tetapi, masih terdapat masa yang mana kuda akan tidur secara duduk dibawah, dimana ketika itu kuda akan tidur dengan lebih nyenyak – tetapi dijaga oleh kumpulan kuda yang lain.
(Sumber : Britannica)