Xbox pada hari ini merupakan salah satu konsol terkemuka dunia, dan bersaing secara aktif dengan pihak Sony PlayStation. Xbox pada awalnya telah diperkenalkan pada November 2001 yang lepas, dan sehingga kini, beberapa variasi telah diperkenalkan.

Bercakap mengenai Xbox, tahukah anda berkenaan dengan asal-usul namanya? Nama Xbox dilihat diadaptasi dan merupakan singkatan kepada DirectX Box.

Xbox

Bagi yang tidak mengenali akan DirectX, ia merupakan sokongan integrasi grafik yang disertakan oleh Microsoft pada sistem operasi Windows, dan agak popular dikalangan pengguna komputer.

Microsoft dilihat mengadaptasi nama berkenaan, dan meringkaskannya menjadi Xbox. Xbox terkini yang tersedia di pasaran adalah Xbox Series S dan juga Xbox Series X.