Teknologi

Samsung Boleh Mematikan TV Sekiranya Dicuri Melalui “TV Block”

·
Samsung TV

Samsung merupakan salah satu pengeluar dan penjual televisyen yang terbesar di dunia, termasuk di Malaysia. Televisyen keluaran Samsung sering hadir dengan teknologi paparan yang terkini, selain ciri-ciri pintar menarik.

Tahukah anda, Samsung juga turut menyertakan sebuah ciri dinamakan TV Block. Melaluinya, Samsung boleh mematikan sesuatu televisyen pada bila-bila masa pada jarak jauh.

Langkah ini amat berguna dalam beberapa situasi. Sebagai contoh, ketika berlaku kecurian di kedai, dan televisyen berkenaan boleh dimatikan terus – sekaligus membuatkan ia tidak boleh dijual oleh pencuri, atau digunakan oleh sesiapa.

Samsung mengatakan teknologi TV Block ini disertakan pada semua televisyen terbaru Samsung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *