Malaysia Aviation Group (MAG) kini mengambil-langkah untuk kitar semula sejumlah barangan mereka, dan hadir dengan koleksi beg tangan menggunakannya.

Antara barangan yang digunakan untuk kitar semula atau olahan kembali adalah termasuk kulit tempat duduk dalam kapal terbang, tali pinggang keledar, alas meja, baju pramugari, dan sebagainya – sekaligus diolah menjadi beg tangan edisi terhad.

MAG Theselina

Beg-beg yang dihasilkan juga turut dinamakan bersempena dengan kod IATA untuk destinasi Malaysia Airlines.

Beg tangan yang dihasilkan ini ditawarkan pada harga bermula RM882, dan mencapai sehingga RM2100.