Tahun 2021 telah pun berakhir, dan kini beberapa data menarik sepanjang tahun 2021 diterbitkan. Salah satu yang terbaru adalah data berkaitan dengan YouTuber dan pendapatan mereka sepanjang tahun 2021 lepas.

Mengikut data yang dikeluarkan, MrBeast menjadi YouTuber yang menjana pendapatan paling tinggi melalui platform berkenaan, iaitu hampir RM225 juta.

Berikut merupakan senarai 10 YouTuber dengan pendapatan paling tinggi sepanjang 2021 lepas:

  • MrBeast (~RM225 juta)
  • Jake Paul (RM188 juta)
  • Markiplier (RM158 juta)
  • Rhett and Link (RM125 juta)
  • Unspeakable (RM119 juta)
  • Nastya (RM117 juta)
  • Ryan Kaji (RM112 juta)
  • Dude Perfect (RM83 juta)
  • Logan Paul (RM75 juta)
  • Preston Arsement (RM66 juta)