Setiap syarikat mempunyai senarai dalaman sendiri, yang menyediakan dan mengambil-kira berkaitan pesaing mereka. Tetapi, berbeza untuk Netflix yang mengambil-kira pelbagai perkara berbeza turut menjadi pesaing mereka.

Perkhidmatan penstriman video berkenaan, pernah mengatakan yang mana aktiviti tidur oleh orang ramai merupakan salah satu pesaing utama untuk perkhidmatan mereka.

Ini kerana, apabila tidur, orang ramai tidak menonton video melalui Netflix. Kita sedia mendengar ramai yang tidak tidur malam untuk menonton sesuatu siri pada Netflix, dan apabila mereka tidur, siri berkenaan tidak ditonton.

Secara kasar juga, Netflix mengambil kira luangan masa pada sesuatu perkara sebagai pesaing mereka – kerana masa berkenaan boleh diluangkan pada Netflix. Netflix juga pernah menyatakan TikTok sebagai pesaing sebelum ini, kerana ramai menghabiskan masa di TikTok.