Korea Utara kini mengalakkan rakyat mereka untuk menggunakan tinja sendiri dalam menghasilkan baja. Hal ini adalah disebabkan masalah kekurangan baja yang dihadapi oleh negara berkenaan.

Dengan permulaan 2022, Korea Utara kini menyasarkan untuk mendapatkan baja yang mencukupi. Selari dengannya, mereka mengalakkan rakyat menghasilkannya di rumah.

Sebuah pas khas turut dihasilkan untuk membolehkan menukar baja yang dihasilkan. Pas berkenaan diberikan kepada mereka yang mencapai kuota penghasilan baja – yang ditetapkan kepada 150 kilogram untuk rakyat.

Korea Utara bergantung kepada pertanian, dan baja memainkan peranan penting dalam memastikan pengeluaran makanan berterusan di negara tersebut.