Sony merupakan nama yang tidak asing lagi bagi kebanyakkan pengguna. Mereka mempunyai Xperia untuk penawaran telefon pintar, dan PlayStation untuk penawaran konsol permainan. Selain itu, kini Sony juga menubuhkan Sony Mobility dengan memfokuskan kepada kenderaan elektrik.

Sony Vision S

Buat masa ini, Sony telah perlihatkan dua model prototaip kereta mereka, Sony Vision-S 01 dan juga Vision-S 02.

Kedua-duanya merupakan kereta elektrik sepenuhnya, dan Vision-S 01 telah pun mula diuji diatas jalan raya.

Sony Vision-S 02

Sony Vision-S 02

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh pelancaran untuk kereta Sony ini. Tetapi, dengan pengenalan kereta prototaip ini, kita mungkin melihat Sony mula menjual kereta dalam beberapa tahun.

Selain Sony, Xiaomi dan Apple juga dilihat ingin jual kereta mereka tersendiri.