Salah satu lagu irama yang tidak lekang dikalangan kanak-kanak adalah “Baby Shark Du Du Du…”. Selain dikalangan kanak-kanak, ia juga kini mencatatkan sejarah tersendiri apabila menjadi video pertama di YouTube yang mencatatkan angka tontonan lebih 10 bilion.

Video ini telah diterbitkan oleh Pinkfong pada 2016 yang lepas, dan mengambil masa hampir 6 tahun untuk mencatatkan angka 10 bilion ini.

Dengan rekod terbaru ini, ia mungkin mengambil masa bertahun lagi sebelum video lain dapat mengatasi angka tontonan ini. Antara video lain yang mempunyai angka tontonan tinggi adalah termasuk Despacito dengan tontonan 7.7 bilion, selain “Johny Johny Yes Papa” dengan angka tontonan 6.10 bilion.