Projek Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus) kini secara rasminya dibuka di Pulau Pinang, sekaligus menjadikan ia sebagai laluan jalan raya paling tinggi di Malaysia.
Jalan raya ini dibina pada ketinggian 61.5 meter, dan laluan yang dibuka adalah sepanjang 3.825 kilometer. Kerja pembinaannya telah dimulakan pada 14 Januari 2016 lepas, dan siap pada 24 Disember 2021. Terdapat beberapa laluan tambahan yang masih dalam proses pembinaan lagi buat masa ini.
Melalui jalan raya tertinggi ini, ia dijangka akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan trafik sehingga sebanyak 30 peratus, dan memberikan kemudaha kepada sekitar 60,000 pengguna jalan raya setiap hari. Jalan raya ini juga turut menyertakan laluan khas untuk basikal.
Jalan raya ini juga turut mengatasi Rawang Bypass sebelum ini sebanyak dua meter, sekaligus menjadikan ia paling tinggi di Malaysia buat masa ini.