Balenciaga merupakan salah satu jenama pakaian daripada Perancis, menawarkan sejumlah pakaian mewah dibawah mereka.
Terbaru, Balenciaga bekerjasama dengan PlayStation, dan telah menawarkan siri pakaian dibawah jenama PlayStation 5.
Dibawah siri ini, Balenciaga dan PlayStation menawarkan koleksi tshirt, topi, stokin dan juga sweater. Masing-masing membawa harga yang agak premium – sebagai contoh tshirt pada harga $675 iaitu sekitar RM2.7k – lebih mahal daripada harga jualan konsol PlayStation 5 di Malaysia.
Sekiranya anda peminat tegar PlayStation 5, dan masih tidak berpeluang mendapatkan konsol berkenaan, maka mungkin boleh menyemak penawaran pihak Balenciaga ini.