Teknologi

WhatsApp Memudahkan Anda Untuk Memadam Video Dan GIF Yang Di “Forward”

·
WhatsApp Storan

Bagi anda yang menyertai sejumlah WhatsApp Group, mungkin anda sedari akan yang mana sering kali kawan-kawan atau ahli keluarga akan memajukan video atau gambar, atau GIF. Perkara ini, secara tidak langsung akan memenuhkan storan telefon anda, selain membuatkan salinan backup untuk WhatsApp turut bersaiz besar.

Kini, dalam mengatasi perkara berkenaan, WhatsApp memudahkan lagi proses untuk anda menguruskan storan.

Melalui halaman baru yang disediakan, kini pengguna boleh melihat pelbagai fail media yang dimajukan, video yang bersaiz besar, dan sebagainya. Pengguna juga boleh memilih untuk memadam terus daripada halaman tersebut.

WhatsApp Storan

Untuk mengakses ciri ini, anda hanya perlu ke halaman Settings > Storage & Data > Manage Storage. Aksesnya hari ini, dan mula padam pelbagai dokumen yang tidak diperlukan itu hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *