Teknologi

Antutu : Skor Versi Antutu iOS Dan Antutu Android Tidak Boleh Dibandingkan

·
iPhone Android

Antutu, salah satu aplikasi ujian penanda aras popular, kini telah menyatakan yang mana pengguna tidak sepatutnya membandingkan skor Antutu untuk versi Android bersama-sama dengan skor Antutu versi iOS. Antutu mengatakan perkara ini tidak adil, disebabkan beberapa perkara

Antaranya adalah kerana perbezaan kernel yang digunakan dalam pembangunan untuk sistem iOS dan juga Android. Disebabkan itu juga, kaedah ujian untuk kedua-dua sistem ini adalah berbeza.

Disamping itu, Antutu versi iOS dan Android juga menggunakan API berbeza untuk ujian grafik GPU. Ini kerana versi Apple menggunakan API Metal, sementara Android pula menggunakan OpenGL ES dan Vulkan API.

Antutu turut menekankan yang mana secara keseluruhan, mekanisma skor adalah berbeza untuk versi iOS dan juga Android. Antutu mengatakan kedua-dua skor tidak boleh dibandingkan kerana perbezaan ini, dan hanya boleh digunakan untuk perbandingan pada platform sama sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *