Teknologi

Xiaomi Mengatasi Apple Untuk Menjadi Jenama Telefon Pintar Ketiga Terbesar Dunia

·
Xiaomi Mi 10 Note Lite

Pada tahun ini, kita menyaksikan beberapa pengeluar peranti menghadapi masalah pengeluaran dan penghasilan disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan. Ini sekaligus secara tidak langsung turut meningkatkan kadar persaingan diantara pengeluar.

Menurut penganalisa IDC, pada suku ketiga tahun 2020 ini, Xiaomi menduduki tangga ketiga dari segi pengeluaran telefon pintar – sekaligus mengatasi pihak Apple.

Xiaomi didapati mengeluarkan sebanyak 46.2 juta telefon antara Julai ke September, sementara Apple hanya mengeluarkan sekitar 41.7 juta untuk tempoh yang sama.

Dengan perubahan ini, Xiaomi menduduki tangga ketiga dalam pasaran telefon pintar, hanya dibelakang Samsung dan Huawei.

Apa pun, Apple dijangka akan mengatasi Xiaomi kembali pada suku ke-empat 2020 ini, memandangkan iPhone 12 telah pun dikeluarkan dan dijual kepada umum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *