Gaya Hidup

Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Bermula 26 Oktober – Sehingga RM1000 Untuk Isi Rumah B40

·

Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan mereka akan memulakan bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 secara berperingkat bermula 26 Oktober 2020 ini.

Melaluinya, sebanyak RM7.0 bilion diperuntukkan, dan akan disalurkan kepada 10.6 juta penerima BPN sedia ada termasuk kategori dan isi rumah dan individu bujang.

BPN 2.0 menawarkan bantuan sebanyak RM1,000 kepada 3.7 isi rumah kelas B40, RM500 kepada 3.8 juta kelas B40 bujang, RM600 kepada 1.4 juta isi rumah kelas M40, dan RM300 kepada 1.7 juta kelas M40 bujang.

Inisiatif BPN 2.0 akan disalurkan melalui dua fasa pebayaran – iaitu pada Oktober 2020 dan juga Januari 2021 kelak.

Selain penerima sedia ada, permohonan baru BPN2.0 sudah dibuka dan akan ditutup pada 15 November 2020 kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *