Gaya Hidup

Adidas Dan Lego Mengacah Kerjasama Untuk Hadir Dengan Kasut Eksklusif

·
Adidas Lego

Lego sedia bekerjasama dengan beberapa pihak untuk penawaran produk khusus. Terbaru, Lego mengumumkan kerjasama dengan pihak Adidas, dan bakal memasarkan sebuah kasut khusus dibawah kolaborasi ini.

Adidas Lego

Melalui video yang dipertontonkan, kasut yang bakal diperkenalkan ini mengabungkan penggunaan warna merah, kuning, hijau dan biru yang sinonim dengan jenama Lego. Adidas bakal memasarkannya dibawah siri kasut ZT mereka.

Buat masa ini, masih tiada sebarang tarikh pelancaran dan harga jualannya. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *