Teknologi

Samsung Money Diperkenalkan Di Amerika Syarikat – Kad Debit Yang Dipautkan Kepada Samsung Pay

·
Samsung Money

Samsung kini telah pun memperkenalkan penawaran kad debit mereka tersendiri, dinamakan Samsung Pay – sekaligus bersaing bersama pesaing terdekat mereka, Apple yang menawarkan Apple Card, selain Huawei Card yang ditawarkan di China.

Samsung Money merupakan kad debit yang dipautkan kepada dompet digital Samsung Pay. Ia sekaligus memudahkan pengguna mendaftar untuk mendapatkan kad berkenaan melalui aplikasi Samsung Pay.

Samsung Money

Seperti biasa, kad maya akan dijana serta-merta selepas pendaftaran, dan pengguna akan dihantar dengan kad fizikal selepas itu. Kad fizikal berkenaan dipautkan kepada Samsung Pay, sekaligus memudahkan anda menyemak perbelanjaan, transaksi, dan sebagainya menggunakan aplikasi berkenaan. Pengguna juga turut akan menerima mata ganjaran Samsung Rewards ketika menggunakannya.

Disamping itu, di Amerika Syarikat, pengguna turut boleh menggunakan kad debit ini untuk melakukan pengeluaran wang daripada ATM.

Buat masa ini, penawaran Samsung Money hanya di Amerika Syarikat sahaja. Tidak diketahui lagi bilakah ia akan diperluaskan ke negara-negara lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *