Teknologi

Muat-Turun GTA V Secara Percuma Untuk PC Anda Hari Ini

·
GTA V

Grand Theft Auto atau GTA merupakan salah satu permainan yang popular, bukan sahaja di konsol, tetapi juga di PC. Ia telah diterbitkan apda 2013 yang lepas, dan masih kekal popular sehingga ke hari ini.

Menariknya, sekiranya anda masih belum memainkannya, dan ingin mencuba permainan berkenaan, anda boleh mendapatkan ia secara percuma hari ini.

Anda hanya perlu memuat-turun perisian desktop Epic Games Store, menebus permainan percuma GTA V, dan mula memainkannya.

Menariknya, versi yang ditawarkan adalah edisi premium, yang turut hadir dengan sokongan GTA Online, dan penawaran kandungan Criminal Enterprise Starter Pack.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permainan GTA V melalui Epic Games Store hari ini. Penawaran percuma ini adalah sehingga 21 Mei 2020 sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *