Infrastruktur

Jeddah Tower Berhasrat Menjadi Bangunan Pertama Dengan Ketinggian 1km

·
Jeddah Tower

Pada hari ini, kita telah melihat pelbagai bangunan tinggi diserata dunia. Takhta yang dahulunya dipegang oleh Menara Berkembar Kuala Lumpur beberapa tahun dahulu, kini diterajui oleh Burj Khalifa dengan ketinggian 828 meter.

Jeddah Tower

Ingin mendahuluinya lagi, adalah salah satu bangunan yang kini dalam pembinaan, iaitu Jeddah Tower. Jeddah Tower menyasarkan ingin menjadi bangunan pertama dengan ketinggian melangkaui 1 kilometer.

Jeddah Tower

Jeddah Tower dibina di Jeddah, Saudi Arabia, telah dimulakan pembinaannya pada 1 April 2013 yang lepas. Buat masa ini, masih tiada tarikh akhir siap untuk bangunan ini. Ia dikatakan pembangunannya telah dihentikan sementara sejak Januari 2018 yang lepas, dan dijangka diteruskan pada tahun 2020 ini. Namun, dengan penularan wabak Covid-19 dan situasi ekonomi semasa, ia tidak diketahui lagi sama ada akan diteruskan pada tahun ini, atau pada 2020 kelak.

Jeddah Tower ini dijangka mempunyai lebih 200 tingkat, dan akan menjadi tarikan ramai di Jeddah Economic City.

Selain nama Jeddah Tower turut dikenali dengan nama Kingdom Tower dan juga Mile-High Tower.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *