Pemakanan

McDonald’s Memfokuskan Drive-Thru, Take Away Dan McDelivery Bermula 4 Mei – Tiada Makan Di Restoran

·
McDonalds

Kerajaan telah mengumumkan bakal melaksanakan PKPB bermula 4 Mei 2020 ini, sekaligus membuka beberapa sektor ekonomi untuk beroperasi – termasuk restoran. Namun, beberapa restoran kini menangguhkan beberapa perkara dalam usaha memfokuskan keselamatan pengguna.

McDonald’s, salah satunya kini telah mengumumkan mereka akan menangguhkan pengenalan ciri makan di restoran sehingga suatu tempoh masa kelak.

McDonalds PKB

McDonald’s akan memfokuskan kepada penawaran makanan dalam bentuk Drive-Thru, Take Away dan juga Menggunakan McDelivery sahaja untuk sementara.

Hal ini selari dengan menjaga keselamatan pengguna dan pengunjung restoran McDonalds. Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan restoran perlu melaksanakan penjarakkan sosial, termasuk menyusun meja pada jarak sesuai, serta melaksanakan beberapa perkara lain.

Langkah operasi pembukaan semula restoran

Pada masa yang sama, McDonald’s juga mengumumkan mereka akan beroperasi dari pukul 8 pagi ke 10 malam bermula 4 Mei 2020 ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *