Ketika Perintah Kawalan Pergerakan, petugas barisan hadapan kini hadir sebagai wira negara dalam menawarkan perkhidmatan kepada semua orang.
Selari dengannya, kini Mattel hadir dengan sebuah siri permainan khas dinamakan “Little People® Community Champions Special Edition” yang membawakan lima patung khas, meliputi doktor, jururawat, juruteknik kesihatan kecemasan, penghantar barangan dan pekerja runcit.
Buat masa ini, patung ini ditawarkan di Amerika Syarikat sahaja, dimana setiap patung ditawarkan pada harga $20. Mattel mengatakan mereka akan menyumbang $15 daripada pembelian atas-talian untuk The Entertainment Industry Foundation.