Alam Sekitar, Kesihatan

Langit Semenanjung Malaysia Lebih Bersih – Tahap Nitrogen Dioksida Berkurangan Kerana PKP

·
ThinkCity Semenanjung Malaysia

ThinkCity kini berkongsi data menggunakan satelit spektrometri mereka, dimana ia memperlihatkan pengurangan tahap nitrogen dioksida di Semenanjung Malaysia sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bermula 18 Mac 2020 lepas.

Nitrogen Dioksida? Gas nitrogen dioksida ini dihasilkan oleh bahan bakar fosil seperti arang, minyak dan juga gas. 80% daripadanya boleh dikatakan hadir daripada kenderaan. Gas ini juga boleh dikatakan membawa kepada masalah pernafasan.

Langit Lebih Cerah – Perlaksanaan PKP dilihat mengurangkan pergerakan pengguna dijalan raya, sekaligus mengurangkan penggunaan bahan bakar oleh kenderaan. Ini sekaligus mengurangkan kadar nitrogen dioksida yang terlepas ke udara.

ThinkCity Semenanjung Malaysia

Data spektrometri turut memperlihatkan langit di Semenanjung Malaysia, terutamanya pantai barat adalah lebih bersih berbanding sebelumnya – terutamanya dibandar utama seperti Johor Bahru dan Kuala lumpur.

PKP – Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020 di Malaysia buat masa ini. Perubahan dari segi kadar pencemaran ini dilihat bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di pelbagai lokasi lain, termasuk sekitar China, Eropah dan juga Amerika Syarikat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *