Teknologi

Apple iPhone SE Diperkenalkan Dengan Cip Apple A13 Bionic, Membawa Touch ID, Berharga RM1999

·
Apple iPhone SE

Apple hari ini membuat kejutan dan telah pun memperkenalkan telefon pintar pada siri mampu-milik mereka, iaitu iPhone SE.

Spesifikasi? iPhone SE hadir dengan skrin 4.7-inci Retina HD, pengimbas cap jari Touch ID, dijana cip pemprosesan terpantas Apple A13 Bionic dan hadir dengan satu kamera belakang.

iPhone SE 2020


Kalis Air – iPhone SE turut hadir dengan sokongan kalis air IP67 – menawarkan sokongan ketahanan air sehingga kedalaman 1 meter untuk 30 minit.

Kamera 12-megapixel : iPhone SE menggunakan kamera belakang 12-megapixel f/1.8 yang turut diproses menggunakan cip A13 Bionic – sekaligus menawarkan hasil rakaman yang sangat cantik. Disamping itu, ia turut menawarkan sokongan rakaman video 4K pada kadar 60fps.

Lain? Pengalaman menarik lain turut hadir pada iPhone SE sama seperti pada iPhone-iPhone lain – termasuk akses kepada aksesori dan sebagainya.

Harga – Di Malaysia, iPhone SE akan hadir dalam variasi 64GB pada harga RM1999, 128GB ditawarkan pada harga RM2199, dan model 256GB pada harga RM2699.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *