Alam Sekitar

Ini Adalah Bagaimana Zirafah Bergaduh Sesama Sendiri

·

Zirafah adalah haiwan mamalia berleher panjang. Dengan leher yang panjang, kehidupan mereka agak unik, daripada cara tidur, sehinggalah bagaimana mereka berlawan sesama sendiri.

Menjadi kebiasaan untuk haiwan bergaduh dikalangan spesis sendiri dalam mendapatkan pasangan mereka. Zirafah tidak ketinggalan dan bergaduh bersama satu sama lain dengan “meleher”.

ZIrafah menggunakan leher sebagai senjata mereka, dan akan menghayun antara satu sama lain. Ia bermula dengan kadar yang perlahan, dan akan berubah menjadi lebih laju dan kuat.

Pihak lawan akan cuba mengelak daripada “dileher”, selain pada masa yang sama akan cuba membalasnya.

Kebanyakkan pergaduhan ini akan membawa kepada kecederaan yang serius, termasuk ada yang membawa kepada patah pada bahagian leher, atau membawa kepada kematian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *