Badan disebalik sukan Olimpik kini telah mengumumkan tarikh baru untuk acara sukan berprestij berkenaan. Sukan Olimpik 2020 akan diadakan pada 23 Julai 2021 sehingga 8 Ogos 2021 kelak.
Ia akan diikuti dengan sukan Paralimpik yang diadakan antara 24 Ogos sehingga 5 September 2021.
Kenapa? Penangguhan ini berlaku disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 yang membimbangkan.
Pada masa yang sama, dengan penangguhan ini, ia akan memberikan lebih masa untuk para atlet untuk bersedia – apatah lagi dengan Perintah Kawalan Pergerakan di pelbagai negara membuatkan atlet tidak dapat bersedia sepenuhnya.
Lain-lain : Atlet yang sedia telah melepasi pusingan kelayakan dan kuota yang dibenarkan akan kekal seperti sedia ada tanpa sebarang perubahan.