Menjadi kebiasaan untuk Apple melancarkan telefon pintar baru sekitar bulan September. Namun, untuk tahun ini, hal berkenaan mungkin ditangguhkan sementara disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 pada peringkat global.
Kenapa? Seperti ramai sedia maklum, beberapa negara telah pun mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan – sekaligus memberikan impak kepada sejumlah syarikat. Apple sendiri telah mula meminta sejumlah pekerja untuk bekerja dari rumah – dan memberikan impak terhadap pelancaran iPhone baru.
Selain daripada itu, bahagian pengeluaran juga kini menghadapi masalah – dan pengguna sendiri dikatakan mungkin kurang berbelanja selepas penularan wabak ini berakhir.
Ditangguhkan? Apple masih belum membuat keputusan akhir berkenaan hal ini, dan mungkin menentukannya sekitar Mei kelak.