Kesihatan

Acara Keramaian, Perhimpunan Dan Persidangan Diarah Dibatalkan Atau Tunda Sehingga 30 April 2020

·

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini telah mengumumkan untuk membatalkan atau menunda acara keramaian, perhimpunan dan persidangan yang dijadualkan sehingga 30 April 2020 kelak.

Hal ini turut meliputi pelbagai mesyuarat, persidangan antarabangsa, acara sukan, acara keagamaan dan sebagainya. Keputusan ini mungkin dinilai semula sekitaranya situasi kesihatan semasa bertambah-baik.

Kenapa? Ini adalah salah satu langkah proaktif untuk mengurangkan penularan wabak Covid-19 yang semakin pantas meningkat akhir-akhir ini.

Semasa : Terdapat sekitar 26 hospital yang mempunyai kapasiti untuk menguruskan wabak ini buat masa ini, selain 57 hospital dan klinik-klinik kesihatan yang boleh melakukan saringan simptom Covid-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *