AirBand adalah salah satu gelang tangan yang direkabentuk khusus untuk Apple Watch.
Kenapa? Ramai pengguna AirPods sering tersalah letak earphone, dan membuatkannya hilang. Untuk mengatasinya, kini sebuah idea baru dinamakan AirBand hadir.
Apa? AirBand adalah gelang tangan untuk Apple Watch, yang turut menyertakan ruangan untuk meletakkan AirPods.
Praktikal? Secara kasarnya, untuk meletakkan sementara AirPods yang dipakai, mungkin ini boleh menjadi salah satu tempat yang senang untuk pengguna – berbanding perlu mengeluarkan casing AirPods setiap masa.