Teknologi

Google : Jangan “Sideload” Aplikasi Google Ke Telefon Huawei

·
Android

Kerajaan Amerika Syarikat telah membuat halangan perdagangan terhadap Huawei sejak tahun lepas. Dan disebabkan olehnya, telefon pintar Huawei yang terbaru hadir tanpa menyertakan sokongan aplikasi dan perkhidmatan Google.

Kenapa? Kerajaan Amerika Syarikat telah membuat halangan terhadap Huawei sejak 16 Mei 2019 yang lepas, mengatakan ia disebabkan oleh sekuriti dan sebagainya. Pihak Huawei telah menidakkan perkara berkenaan, namun halangan perdagangan diteruskan.

Disebabkan ini, syarikat Amerika Syarikat tidak boleh menawarkan produk atau perkhidmatan kepada Huawei. Hal ini, sekaligus memberikan impak terhadap kerjasama Google dan Huawei.

Huawei Mate 30 Pro

Kesan? Telefon pintar Huawei terbaru tidak lagi hadir dengan aplikasi dan perkhidmatan Google, sebaliknya menggunakan alternatif Huawei tersendiri dinamakan Huawei Mobile Services (HMS).

Komen Google? Hari ini, Google telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara ini. Pada masa yang sama, Google menekankan supaya pengguna tidak sideload aplikasi mereka ke peranti tanpa pengesahan Google.

Kenapa? Google mengatakan dengan sideload, ia mungkin memberikan kesan yang serius terhadap sekuriti dan privasi. Google turut mengatakan perkhidmatan dan aplikasi berkaitan juga tidak akan berjalan lancar apabila di-sideload.

Huawei ID

Alternatif HMS Huawei Mobile Services adalah alternatif yang disediakan oleh Huawei, dan telah mula diintegrasikan pada beberapa telefon, termasuk Huawei Mate 30 Pro. Namun, sokongan aplikasi yang hadir bersama dengannya masih lagi terhad dan tidak menyeluruh seperti pada Google Play Store. Malah, ketiadaan aplikasi popular seperti YouTube, WhatsApp, Instagram dan sebagainya pada HMS mungkin perlu diatasi segera supaya pengguna global boleh terus menggunakan telefon pintar Huawei.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *