Telekomunikasi

Telefon Pintar Ini Menghalang Pengguna Tangkap Gambar Tidak Senonoh

·
Tone e20

Tone Mobile di Jepun kini telah hadir dengan sebuah telefon pintar baru, dinamakan Tone e20. Telefon pintar ini hadir dengan spesifikasi asas, dan menyertakan ciri pintar yang menghalang rakaman gambar lucah atau gambar tidak senonoh.

Tone e20

Bagaimana? Telefon ini menyertakan ciri dinamakan Smartphone Protection.

  • Smartphone Protection adalah sebuah sistem AI yang diintegrasikan pada kamera.
  • Selepas rakaman gambar, sistem AI ini akan menganalisa gambar berkaitan sama ada “baik” atau “tidak”.
  • Sekiranya gambar lucah dirakamkan, ia tidak akan merakam, dan gambar akan dibuang tanpa disimpan ke telefon.

Kenapa? Tone Mobile ingin memberikan lebih sekuriti untuk pengguna bawah umur, sekaligus mengelak mereka menjadi mangsa untuk rakaman gambar yang tidak baik.

Lain-Lain Ibubapa turut boleh link telefon anak kepada telefon milik mereka, dan menerima notifikasi apabila cubaan merakamkan gambar tidak senonoh berlaku.

(Sumber : Tone Mobile)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *