Pemakanan

Supreme Dan Oreo Bekerjasama Untuk Biskut Edisi Terhad – Makan Atau Simpan Sebagai Koleksi?

·
Supreme Oreo

Supreme merupakan salah satu jenama gaya hidup yang agak popular, dan membawakan penawaran pada harga premium.

Oreo? Supreme akhir-akhir ini telah bekerjasama dengan sejumlah jenama popular, dan terkini untuk musim baru, Supreme akan bekerjasama dengan pihak Oreo untuk menghasilkan sebuah biskut edisi terhad.

Biskut ini dilihat membawakan rekaan seumpama biskut Oreo lain, tetapi menggunakan nama Supreme ditengah, dan berwarna merah.

Supreme Oreo

Harga? Harga jualannya masih tidak diketahui buat masa ini. Supreme dijangka akan menawarkannya dalam sebuah pek mengandungi tiga biskut didalamnya.

Beli? Para peminat jenama Supreme semestinya akan mendapatkan biskut edisi terhad ini, sekaligus meningkatkan lagi harga jual semula pada masa akan datang. Tetapi, persoalan utama yang akan menjadi persoalan ramai adalah sama ada anda akan makannya atau menyimpannya sebagai koleksi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *