Teknologi

Masa Itu Emas! – IKEA Di Dubai Membolehkan Anda Membayar Menggunakan Masa

·
IKEA Dubai

IKEA merupakan salah satu syarikat yang terkenal dengan penawaran perabot menarik. Terbaru, di Dubai, IKEA hadir dengan sebuah pemasaran baru dinamakan “Buy With Your Time”.

Apa? Melalui kempen terbaru ini, IKEA membolehkan pengguna membuat pembelian produk menggunakan masa yang digunakan oleh seseorang pengguna untuk ke IKEA di Dubai.

Bagaimana? IKEA menggunakan aplikasi Google Maps untuk tujuan ini. Pada aplikasi Google Maps, terdapat ciri Timeline yang mencatatkan perjalanan harian anda. Melaluinya, anda akan memperlihatkan skrin Google Maps Timeline, dan nilai masa akan ditolak sebelum anda perlu membayar menggunakan duit.

Pelbagai produk juga turut memaparkan bentuk bayaran menggunakan masa, selain paparan menggunakan mata wang biasa.

IKEA Beli Masa

Kenapa? Ini adalah salah satu bentuk pemasaran yang pada masa sama meningkatkan kadar kesetiaan seseorang terhadap jenama IKEA. Ini juga akan mengalakkan mereka yang jauh untuk ke IKEA di Dubai.

Lain? Buat masa ini, kempen ini hanya terhad di Dubai sahaja. Namun, ia agak menarik untuk melihat implementasi integrasi dunia digital dan fizikal dalam meningkatkan kadar kesetiaan sesuatu jenama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *