Pengangkutan

Ford Hadir Dengan Prototaip Jaket Emoji

·
Jaket Emoji Ford

Apa? Ford yang terkenal dengan penawaran kenderaan, kini hadir dengan rekaan prototaip untuk jaket yang memaparkan emoji dibelakangnya.

Kenapa? Ford mengatakan langkah ini akan memudahkan lagi komunikasi antara penunggang basikal dan juga kenderaan dibelakang mereka.

Dengan populariti basikal yang tinggi di Eropah sebagai sebuah mod pengangkutan, jaket ini dijangka membantu dalam memastikan komunikasi dan jalan raya yang lebih selamat.

Bagaimana? Sebuah alat kawalan diletakkan pada basikal, dan penunggang boleh menekan beberapa pilihan emoji mengikut keadaan. Sebagai contoh, menekan emoji anak panah ke kanan ketika ingin belok ke kanan.

Bila Dijual? Jaket emoji ini sekadar prototaip sahaja, dan tidak akan dijual.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *