Pihak berkuasa di Perancis kini telah mengumumkan mereka telah menyaman Apple sebanyak €25 juta (RM113 Juta).
Kenapa? Apple disaman kerana tidak memaklumkan terlebih dahulu kepada pengguna untuk kemaskini perisian yang mengurangkan prestasi pada iPhone lama.
Perlahankan iPhone? Pada 2017 yang lepas, Apple telah mengaku mereka menawarkan kemaskini iOS yang memperlahankan iPhone dengan bateri yang telah terdegradasi.
- Apple mengatakan ini untuk mengelak iPhone shutdown tanpa dijangka.
- Menjadi masalah kerana tidak memaklumkan terlebih dahulu kepada pengguna
Cara mengatasi? Sejak 2018 yang lepas, Apple telah mula memaklumkan pengguna mengenai perkara ini, dan memberikan pilihan kepada pengguna untuk sama ada perisian mengawal prestasi atau sebaliknya.