Teknologi

Berakhirnya Era Telefon Pintar Berjenama BlackBerry?

·
BlackBerry KeyOne

Apa? TCL Communications hari ini mengumumkan mereka telah tiada lagi hak untuk merekabentuk, mengeluarkan atau menjual telefon pintar baru BlackBerry selepas 31 Ogos 2020.

TCL Communication? Sebelum ini, sejak Disember 2016 lepas, BlackBerry Limited dan TCL Communication telah memeterai perjanjian untuk pemasaran dan pengeluaran telefon pintar BlackBerry baru. Antara peranti yang telah dikeluarkan dibawah perjanjian ini adalah termasuk BlackBerry KeyOne, BlackBerry Motion, BlackBerry Key2, dan BlackBerry Key2 LE.

Seterusnya? Buat masa ini, tidak diketahui lagi pengeluar yang akan mendapatkan hak untuk pengeluaran telefon pintar BlackBerry baru selepas 31 Ogos 2020. Sekiranya tiada, maka kita mungkin tidak akan melihat lagi telefon pintar baru berjenama BlackBerry dipasaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *