Infrastruktur

Atari Akan Membuka Hotel Bertemakan “Gaming” Di Amerika Syarikat

·
Atari Hotel

Apa? Atari kini ingin kembali mencuri perhatian para peminat dunia gaming dengan penawaran khusus. Terbaru, mereka mengumumkan perancangan untuk membuka sehingga lapan hotel bertemakan gaming di Amerika Syarikat.

Atari Hotel

Atari? Atari popular pada suatu masa dahulu dengan penawaran konsol, selain permainan seperti Pac-Man, Pong, Space Invaders, dan sebagainya.

Hotel Atari? Hotel yang dibuka oleh Atari ini kelak akan turut menawarkan pengalaman realiti-maya dan AR, selain dilengkapi dengan sokongan untuk tontonan esukan. Hotel ini bakal menawarkan pengalaman moden dan retro – selari dengan jenama Atari.

(Sumber : AtariHotel)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *